yang senantiasa mengikuti perkembangan blog ini walaupun sepanjang bulan November ini, belum ada apa-apa update yang besar , al-maklumlah kerja makan gaji, jadi kesibukan kerja membataskan masa untuk duduk berkarya.
Sebut tentang pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat ini, sebenarnya perkara ini berlaku sudah agak lama, iaitu ketika peminat bolasepak tempatan masih lagi dengan demam Piala Malaysia, ketika itu saingan baru memasuki fasa suku akhir. Penulis sengaja tidak mahu mendedahkannya ketika itu kerana tidak mahu ia menganggu kerancakkan saingan Piala Malaysia.
Al-kisahnya – seorang rakan menghubungi penulis dan memberitahu ada pemain bolasepak berprofil tinggi ditangkap khalwat bersama isteri orang, dalam satu serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi 11Oktober lalu.
Tujuan rakan itu menyampaikan kepada penulis, bukan atas kapasiti penulis ni seorang wartawan atau blogger, tapi kerana rakan kepada suami wanita itu yang juga merupakan ahli sukan, juga merupakan rakan kepada penulis.
Menurut sumber yang turut sama terlibat dalam operasi, pemain yang mewakili sebuah pasukan berprofil tinggi (sekarang ni sedang dipancing sebuah lagi pasukan berprofil tinggi) dalam saingan Liga Super, singgah di rumah pasangannya berusia 28 tahun yang sudahpun beranak dua itu, selepas beraksi mewakili pasukannya beraksi pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia.
Hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah terjalin sejak 2 tahun lepas, dan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.
Pemain itu, yang juga anggota skuad kebangsaan sejak penghujung 2007, memainkan peranan penting dalam skuad negara sebelum tersisih akibat kecederaan, yang menyaksikannya terlepas beberapa kejohanan utama seperti Sukan Sea 2009 Sukan Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010.
Perkembangan ini nyata suatu yang cukup mengejutkan dan mengecewakan, apatah lagi dikhabarkan ia telah sampai ke pengetahuan Presiden Persatuan Bolasepak diwakilinya, yang sebelum ini beria-ria memancingnya untuk beraksi bersama pasukan itu.
Pemain itu yang dihubungi Suara Sukan, mengesahkan memang dia yang terlibat dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”.
Kepada pemain tersebut, ini bukan soal tahu atau tidak perkara sebenar, setiap orang yang ditangkap khalwat akan cakap benda sama. Yang peliknya anda tanpa segan silu mengaku mempunyai hubungan dengan wanita berkenaan yang sudah beranak 2, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah. Patutnya malu dengan diri sendiri
Bodoh betul la blog ni..nak baca pin tak boleh..sikit sikit keluar iklan..baik buat page..tak payah update berita la
ReplyDeleteSetuju...
Deletekimak sangat iklan2 ni
Deletebelah lah nak baca pun nak kena like.. baik xpayah
ReplyDelete